it's all about life....
Hidup ini pilihan....segalanya di tangan kita.
Ada waktu, pilihan itu jelas dan terang. Ada waktunya, pilihan itu kelabu. Apabila pilihan iut dapat dibuat begitu sahaja, mudahlah. Tetapi, bagaimana pula dengan pilihan yang memerlukan panduan?
Di sinilah kita perlukan pedoman daripada orang. Tapi ingat, pastikan orang yang kita pilih itu "elok" gayanya.
Sama ada kehidupan kita dipenuhi dengan kebahagian ataupun kedukaan,
ianya bergantung pada pilihan kita sendiri
dan tidak berulang lagi.
kesempatan baik yang datang tepat pada waktunya juga jarang terjadi,
namun apabila kesempatan itu muncul,
pilihan yang betul
menjanjikan masa hadapan yang lebih baik.
(dipetik drpd buku "Hidup ini pilihan")
Dalam kehidupan kita mempunyai banyak pintu. Pintu mana yang kita tuju? Pengalaman dan keadaan persekitaran banyak mempengaruhi pintu mana yang harus kita tujui. Dalam memilih pintu yang terbaik, jangan pula kita lupa untuk menikmati ciptaan Yang Maha Esa. Rahsia kebahagiaan adalah menikmati semua perkara yang menakjubkan di dunia tanpa melupakan tanggungjawab.
Kebahagian bukan terletak pada peristiwa yang berlaku. Kebahagian bergantung pada bagaimana respons kita terhadap peristiwa tersebut. Contohnya, sebilangan orang miskin dan daif tetap bahagia dalam hidupnya. Tetapi ada juga orang yang kaya raya, namun hidupnya selalu dilanda ketegangan emosi dan tidak bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan